Ad

Thursday, August 28, 2014

Jaundice, O- dan Dia Anakku

Setelah keluar dari "operation" room, haku tidak dibenarkan makan dan minum sehingga KENTUT. pftsss -___-" Haku lapar, mana boleh tunggu kentot! Kebiasaannya, pesakit normal mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk kentut! Gelap duniaku! Kebabommm (bunyi kilat sabung-menyabung berkabung di atas kesedihanku)


Pembedahan telah mengambil masa selama 4 jam dan haku terus dihantar ke wad obstetik selepas pembedahan.Sayu dan murung pemandangan di depan mata. Mana si dompot nie Hurmmm rindunya mama dekat kamu.


Beberapa minit kemudian, seluruh ahli keluarga muncul di depan mata. Haku tersenyum syukur kerana masih mampu menatap wajah Sang Suami, mak, Nadia, Ayien dan Iela. Alhamdulillah Ya ALLAH kerana haku berpeluang membuka mata dan bertaubat kepada MU. 


Sedang kami rancak berborak, suasana sunyi digemparkan dengan bunyi sayup-sayup dari kejauhan. Puuttttttttttttttttt. Bunyi kecil yang panjang lagi halus! "Hahahhaha, tak senonoh lah kau long". Fuiyooooo tak sampai satu jam, haku dah kentut. Serius HEBAT! 

Tak per cik perot, haku paham kau lapar. Begitu juga tuanmu. Tapi nasib baik Sang Suami tiada di kawasan berdekatan. Musnah ke"diva"an haku. 

Sepanjang haku couple dan kahwin dengan Sang Suami, tak penah lagi haku kentut merata-rata. Dan setiap kali gas-gas sengit terlepas keluar, pasti ada pelbagai alasan diberi. "Ehhh mana ada I kentut! Itu bunyi kerusi okehhh!". Pftsss...Kerusi sangattt -___-"

Sessi kentut kali nie agak pelik kerana haku hilang deria rasa dan tidak mampu untuk mengawal atau mengepit bontot. Damnn. Mungkin ini yang dikatakan urat putus setelah beranak dan petanda bahawa wanita perlu mengambil jamu dan melakukan senaman menguatkan rahim dan pelvis. Haku sangat "concern".



Setelah haku kentut dengan bergayanya, Sang Suami terus menyuapkan makanan dengan penuh kasih sayang. Wahhhh terharu dan sebak rasanya. Baiknya kamu. Tunggu saya sihat dan kurus ye. Jangan tinggalkan saya sebab kekurangan saya. Srettttttttt hingus hijau keluar -____-"


Haku masih lagi gagah membuka mata dan duduk menjamah makanan hospital, nasi putih dan sup ayam. Sedap worrr. Ye tekak haku boleh diibaratkan sebagai tong sampah. Haku makan apa yang ada di depan mata, kecuali babi, batu dan kayu :p

Pada ketika ini, haku sangat bersyukur dianugerahkan suami yang penyabar, baik hati dan penyayang. Mahadi bukan sahaja menjaga haku di siang hari, malah sabar menghantar keluarga haku pergi dan pulang hospital. Tiada sedikit rungutan pon terpacul keluar dari mulutnya. Terima kasih Ya ALLAH. 

Begitu juga Nadia yang menjaga haku dan Mya di hospital saban hari tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kepenatan terjelepok di atas kerusi tetamu, menemankan haku ke tandas serta mendodoikan dan menukarkan lampin Mya tanpa sepalit wajah penat dan lesu. Mekasih cik. Semoga ALLAH S.W.T menganugerahkan kau segala kebaikan di dunia dan akhirat.

...................

Dari kecik sampai besar,haku memang takot dengan darah. Pada haku darah melambangkan kesakitan akibat daripada luka terpotong tangan ataupun tercucuk besi tajam di kepala -__-" Seriau. Maka haku langsung tak berani bangun dari katil selepas pembedahan, takot-takot jahitan terbukak-___-" Padahal kawan-kawan adik haku yang c-sec relax je berjalan (laju okeh) dan pergi tandas macam tak ada apa-apa yang berlaku. Haku tercabar!

Untuk mengelakkan darah daripada beku dan tersumbat di jantung, haku telah dipakaikan stoking yang super panjang lagi ketat. Akibat ketat terlampau, haku telah mengalami luka kecil di betis kiri dan parutnya masih kekal hingga ke hari ini.

Haku juga telah dipakaikan tiub untuk memudahkan sessi membuang najis dan urea. Wahhh divanya:p

Masuk hari kedua, haku tabahkan hati kuatkan semangat untuk mandi, kencing dan berak. Pengalaman haku turun dari katil, berdiri dan berjalan ke bilik air merupakan "moment" terpanjang dalam hidupku. 

Pada masa ini haku mula sedar betapa berbezanya bentuk badan dan kepantasan anggota badan wanita jika dibandingkan sebelum dengan selepas beranak -__-". Dan paling jahanam jika suami sewenang-wenangnya mencari wanita lain dengan alasan isteri sudah hilang seri dan bentuk! Pernah tak korang terpikir bahawa isteri berjuang separuh nyawa untuk menyambung zuriat keluarga serta langsung tidak mengendahkan lagi kepentingan diri. Boohoooo! Neraka lah tempat kome!



Perkara pelik pertama
Hari ke-empat, pagi nan menyinsing

Setelah selesai pemeriksaan doktor, haku dan Mya dibenarkan pulang. Sang Suami ligat ke sana ke sini menguruskan segala dokumentasi dan pengambilan ubat-ubatan. Haku pulak sebok bersembang dengan Hazel, Adha, Puan Midah dan Hadif. Mestilah gembira sebab dapat hadiah Fisher Price. Hohoho

Tetiba haku dikejutkan dengan berita pelik lagi tak masuk akal. "Yang, you dengan Mya tak boleh discharge lagi sebab Mya darah O-" sapa Sang Suami. Haku pelik dan hairan "So??". "I darah B+ and you O+, macam mana Mya boleh O-?". Kebabommmmmmmm guruh berdentum (kilat sabung menyabung, gimik dalam hati). Ehhh biar lah betul? Tak kan tertukar anak??? Anddd jangan nak cakap haku ada hubungan sulit dengan lelaki lain. Choyyyyyyyyy. Nauzubillah! Nie boleh perang besar suami isteri!

"Ehhh ye ke Mya O-?" Akibat rhesus darah yang berbeza, Sang Suami dikehendaki menjalani pemeriksaan darah...dan KONPEM Mahadi berdarah B+. Haku mula risau, sedih dan lemas apabila semua mata tertumpu padaku. Ya ALLAH haku bersumpah yang Mya Sara merupakan anak haku dan Mahadi. Luruh hati haku masa ni. Apa dah jadi nie? 

Tak mungkin Mya Sara anak orang lain sebab hanya haku di wad onbtetik Hospital Mizan dan tak mungkin Mya Sara anak orang lain sebab wajahnya saling tak tumpah muka suamiku. 

Ya ALLAH, haku tak setabah Maryam! Langsung tidak. Apalah pikir suamiku nanti. 

Perkara pelik kedua
Dan bertambah syahdu apabila Mya terpaksa dimasukkan ke NICU akibat jaundice. Vroooommm. Bunyi kilat. Jaundice Mya dikatakan tidak kritikal tapi masih memerlukan pengawasan.

Maka Mya ditahan untuk pemeriksaan darah yang selanjutnya dan pengawasan jaundice. Haku nekad untuk pulang ke rumah mencari buku pemeriksaan kandunganku dengan harapan haku juga berdarah O-. "Mak dengan Kak CIk jaga Mya. Akak balik umah carik buku kesihatan". Uwauwauwauwauwa tangisan lantang Mya Sara. Terpana haku seketika. "Ok ok mama tak tinggalkan Mya, sayang. Mama ada sini dengan Mya". Mya kembali tenang dan tidor seperti biasa. Haku sedu dan gembira kerana di dunia ini ada insan kecil yang menganggap kehadiranku adalah penting dan sangat dinantikan.



Perkara pelik ketiga

Semasa di NICU, haku masih lagi lemah dan tak mampu untuk bangun dan berjalan tapi disebabkan sifat keibuan yang tinggi, haku gagahkan diri tinggal di NICU menemani Mya Sara. Mya Sara diletakkan di bawah lampu biru dan proses itu mengambil masa lebih kurang 1.5 ke 2 jam dan berehat seketika untuk diberi susu ibu dan kemudian Mya akan diletakkan kembali di bawah lampu biru.

Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan haku masa tu. Dengan susu badan yang kurang dan masih lagi tuli menyusukan Mya, haku terpaksa berdikari tanpa pertolongan Nadia. Mujur jururawat di situ sangat "helpful". "Kalau akak tak cukup susu, baik suruh suami belikan susu formula. Baby akan jadi sangat haus sebab panas". Ya ALLAH kesiannya anak haku. 

Haku berkeras untuk memberikan Mya susu badan tetapi akhirnya terpaksa akur dengan kekangan diri. Haku merasakan bahawa haku gagal menjadi seorang ibu yang baik, ke haku je yang OVERTHINK? Daripada Mya lapar biarlah dia teguk susu formula buat sementara waktu. Kejap je ye sayang mama :(

Jururawat di situ turut mengajar haku cara menggunakan Medela. Ternyata haku memang tidak mampu memberikan Mya Sara susu secukupnya. Hampir 20 minit haku pam, susu yang keluar tak sampai 1 oz. Hampa! Atas nasihat kawan-kawan dan family, haku mula mengambil supplement (Solaray Raspberry leave dan Shaklee Alfafa), minum milo + horlicks + fresh milk dan makan lobak putih. 

"Akak ada saudara-mara mamak ke? Selalunya orang darah O- nie mamak" -___-". Tak tahulah haku kalau nenek moyang haku ada mamak tapi setahu haku kitorang nie keturunan Jawa, Cina dan Minang. Mana pulak datangnya mamak???

Populasi Individu berdarah O- di Asia sangat sedikit (lebih kurang 8%) tapi masih merupakan penderma universal. AKibat jenis darah yang "rare" sebarang tranfusi darah hanya mampu dilakukakan di hospital tertentu atau pihak hospital dikehendaki membuat permohonan ke Institut Darah Malaysia. Mya juga perlu diberi "injection" sebelum melahirkan anak.

Masa nie hotak haku dah berkecamuk. Doktor " Darah u + and husband +, tak mungkin anak -. Baby kecik lagi and I believe the blood rhesus is not accurate. Kita buat appoinment 6 months from now and redo the blood test. Don't worry. It's nothing". Sejuk hati haku apabila ditenteramkan Doktor Kapten Zuraini. ALhamdulillah.

Kesian haku melihat Mya tertonggeng macam katak berjam-jam lamanya di bawah lampu biru. Tak lenguh ke kaki dia? Tak penat ke kepala dia? Tak pedih ke mata kau pakai goggle tue? Menangis haku dalam hati. Apa lah salah kau nak? Sedang haku mengomel-ngomel kecil, Mya resah menggerakkan badan dan kakinya ke kiri ke kanan dan akhirnya dia mengiring dan terlentang. ALLAHHUAKHBAR. Setahu haku bayi mengiring pada bulan ke 3 tetapi si dompot kami mengiring pada hari ke 5. Wahhhhhhhhhh sedih lah mama Mya!!!!


Dahhhh haku penat nak type! Sedih!

No comments:

Post a Comment

chanT-chanT from The HearT