Ad

Wednesday, December 19, 2012

Kesakaian Di Malam Nikah

Alhamdulillah akhirnya haku selamat diijab kabulkan dengan Mohd Mahadi pada 30 Nov 2012, Jumaat selepas Isyak bertempat di rumah pusaka atok - Selayang Baru.

pelamin anganku ^_^

Dan Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan segala urusan ^_^ Tapi tipu lah kalau langsung tak ada dugaan dan rintangan kan? kan? kan?

Rintangan sebelum malam nikah:

1.  Handphone yang diorder, tak kunjung tiba -____-" Celaka siak! Haku sanggup berlari ke kedai hanphone, 4 jam sebelum majlis! Disebabkan service yang super FAKTAB, haku terus BATALKAN tempahan 2 bijik tepon! Kitorang order almost a week TAPI tetap lembap. Macam siput babi hilang telor! Ok memang tak ada kena mengena. Lupakan..

2.  Mak andam lambat tiba akibat tersangkut di dalam jam -___-" Nasib baik haku nie super cool weyhhhh, kalau tak dah banjir satu Selayang. Dan nasib baik ada adinda Nadia tersayang yang agak berbakat dalam bidang andaman.

Dan nasib baik makeup kit Nadia masih penuh dan TAK EXPIRED. Haku percaya yang Nadia mampu melakar dan mencantikkan muka haku yang berlubang macam bulan nie.

Masa nie, sikit pon haku tak menggelabah dan nervous. Haku percaya bahawa setiap musibah pasti ada hikmahnya. Bak kata Mahadi "Don't put unnecessary pressure"! Mekasih yer dik. Akhirnya mak andam tiba half an hour (kot!) before the ceremony. Tima kasih yer Mak Andam. Kesian kau penat and terkejar-kejar. 

3.  Baju nikah rosak!!! Style kan? Basically haku memang susah nak dapat baju yang can fit me well without undergo any alteration.

Kitorang beli baju nikah 3 weeks (ke a month ek -__-") before nikah!!! STyle tak? Style kan. Baju nikah haku dan Mahadi agak besar. Semua tailor dah TAK NAK alter baju kitorang -___-" And luckily (tak lucky sangat lah) ader sorang mamat nie (kedai repair jeans) sanggup adjust baju kitorang. Memang carik pasal lah kan -___-"

Ok satu masalah dah settle TAPI itu membuka pintu masalah yang lain! Baju nikah haku rosak terokkkk!!! Benang sulaman putus dan terkeluar segala manik-manik/labuci dan menampakkan benang berwarna EMAS! APAKAH!!! Nak nangis, TAK GUNA. Bukan boleh selesaikan masalah pon! Nak beli baju lain, lari BUDGET (baju tue murah jer pon...drama!)

And nasib baik Allah hantar Nadia dan Mak Tam sebagai penyelamat. Kitorang beli GREY marker pen dekat POPULAR and warnakan semua benang yang berwarna KUNING tue. Sumpah haku sangat RELIEF ^_- Memang haku bersyukur ke hadrat ILAHI kerana diberikan sifat yang sempoi dan tak cerewet ^_^ Kalau tak, mahu menangis sepanjang hidup. Pfttsss..Sakai sakai!

4.  Ikan guppy untuk hiasan pelamin MAMPOS!!! Aduyyyy lah, apsal lah kau mati di waktu-waktu genting??? Kenapaaaa??? *Haku suspect, ini mesti angkara kezen kecik haku, Armizi!!! Nasib baik mak kau ader, kalau tak, haku picit-picit tengkok ko bagi putus. Dah satu hal nak carik ikan guppy baru -___-" Sakai sakai! (Ke haku lupa nak bagi makan -_-")

  

5.  Sarung bantal bilik tidor ilang!!! Boleh tak? -___-" Haku memang tak pernah bukak lagi bedsheet dari Isetan tue. BIler haku pasang cadar, comforter and sarung bantal, haku tak jumpa lagi sehelai -___-" Mana perginya??? And haku tak jumpa sampai sekarang. Sakai! Terpaksa haku rembat sarung bantal harian yang berlainan corak dan warna yang dipenuhi dengan air liur basi -__-" Lantaklah!

6.  Last-last minute, mak and makcik-makcik haku decide nak berarak, bersanding and berinai lepas NIKAH! Ewah ewah ewah...Sesuka hati korang  jer erk. Siap nak berkompang pelbagai! Woiii orang nak tidor lah memalam. Dibantainya HUJAN, dah basah kuyup pengantin macam KUCING HANYUT -__-" IDea konventional mereka telah ditentang hebat oleh haku dan NAdia! Sorry lah yer mak and makcik-makcik. Tak ada masa lah. Lepas nikah dah nak kena berlari ke dewan, nak check pelamin. SOrry bebanyak jika terkasar bahasa dan perilaku.

7.  Printer dah tak ada INK -___-" Maka tak adalah lah centrepiece untuk dining table. Crappp!


Gambar ikhsan dari Daniel Zain



Ada yang tanya pasal kos pelamin pada malam nikah, so dekat sini haku share serba sedikit TIPS AND TRICKS ^_^

1) Kain backdrop : KAIN JERSEY yang berharga RM2.20 semeter dekat NAGOYA.

2) Lampu IKEA : Pinjam dari Mak Lang. Harga IKEA RM19.90 to RM29.90.

3) Platform pelamin : Cik Gayah kasi sewa FREE sebab Cik Gayah dah taubat tak nak mengandam lagi. Huhuhuh, rezeki-rezeki. Nasib baik mak baik ngan Cik Gayah. Korang tak kenal Cik Gayah kan, so lupakan!

4) Sofa dan cover sofa : Sofa mak. Sofa yang sama masa bertunang. Cover sofa beli dekat IKEA dengan harga RM9.90. Function utama ialah SELIMUT! Nak buat cover sofa baru, LARI BUDGET.

5) Carpet putih : Beli masa bertunang dekat Jalan TAR dengan harga RM49.90/satu.

6) Carpet kuning : Pinjam carpet Mak Tam ^_^

7) Spotlight : Nadia sponsor. RM49.90 sebuah

8) Bunga putih pelamin : RM18 sejambak tapi dapat discount TERHEBAT RM16/sejambak (sebab dah selalu menjemah ke kedai yang sama)

9) Pasu bunga putih : Sponsored by mak. RMbelas-belas...Sorry tak hingat

10) Balang kaca ikan guppy : Mak Lang bagi pinjam. Beli dari IKEA RM29.90 to RM39.90 sebalang

11) Bantal putih untuk pengantin lelaki : Ikhsan mak dan Mak Tam

12) Bantal biru : Bantal rumah! Murah jer. Kalau kat IKEA, seketol bawah RM10

13) Lantern : RM3.90 yang paling kecik hingga RM5.90 yang paling besar. Haku rasa korang boleh dapat lagi MURAH tapi kena rajin google dan jenjalan.

14)  Langsir putih : Langsir Mak Tam untuk Raya

15) Bling-bling back drop : RM4.90 seutas

*hantaran entry lain kali ^_^

Di sini haku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seisi keluarga di atas segala sponsorship ^_^ Tak ada ikhsan korang, tak menjadi lah majlis nie. Mekasih yer semua. Terharu...sob sob sober..Eh

Pengajaran:

1) Redha and terima segala cabaran dengan TENANG. Setiap kejadian ada hikmahnya. Instead of kita menangis dan berduka bagai nak rak, cuba cari option lain.

2) Mempergunakan barang-barang di sekeliling dengan sebaik mungkin Contohnya langsir, sofa, perabot, carpet dan esetra estra esetra yang boleh menjimatkan KOS. Banyakkan membaca buku PENGANTIN (sumpah MEMBANTU), rajin-rajin google wedding website, blogspot dan forum.

Haku suggestkan korang satu wedding website : GREEN WEDDING SHOES. Sumpah bagus dan sangat banyak idea-idea menarik.

3) Beli sikit-sikit - setahun or dua tahun sebelum majlis. Maka tak adalah kita rasa terbeban. And benda-benda nie korang boleh sewakan atau pakai balik untuk adik-beradik or sanak sedara. Investment di kemudian hari ^_^

4) Don't think/put unnecessary pressure! Come out with contingency plan

5) Plan dari...uhuk uhuk...AWAL...uhuk. Haku bukan orang yang terbaik untuk memberi nasihat berkenaan masa dan punctuality -__-"

6) Beli sketch book untuk draft pelamin nikah, reception, meja makan, list of guest, hantaran and plus korang boleh tengok balik di hari tua ^_^ Syahdu seyhhh! Korang jugak boleh lekat segala receipt, a few pre wed pictures dan esetra esetra estera

7) Pastikan family dan teman rapat tahu flow of event! Pengantin dah tak boleh coordinate. Masa nielah kita perlukan pertolongan family dan teman. Tunggak utama OK!

8) KUATKAN SEMANGAT!!!! Nie sangat penting jemah -__-"

9) Last but not least, selalulah semayang hajat, sunat dan taubat dan berdoa kepada ALLAH agar dipermudahkan segala urusan ^_^


*Thanks to Nadia for all the great pictures ^_^

No comments:

Post a Comment

chanT-chanT from The HearT