Ad

Friday, December 28, 2012

KL Wedding Ministry

PELAMIN merupakan antara entiti yang paling PENTING dalam sebuah majlis perlahwinan. Maka bukan suatu perkara yang pelik kalau ada pasangan yang sanggup berhabisan duit beribu-ribu hinggittt hanya untuk SEHARI! Kahwin sekali seumor hidup jer dik non. Masa nie lah nak pulun. Jarang orang buat majlis gah kalau kahwin untuk kali ke 2, ke 3 dan ke 4. Nak mampos!!!
 
Cop cop cop, haku bukanlah nak propa yang pelamin haku MAHAL lagi INDAH. Karang orang cakap “Poyo jer budak nie”. Banyak lagi pelamin yang super hebat dan mantop. Tapi haku dengan Mahadi suka dengan apa yang kami pilih dan sepadan dengan KEMAMPUAN kami. Bak kata mak “Ukur baju dibadan sendiri,”. Chehhhh, tak boleh bawak bincang mak nie.

And pelamin kami memang MURAHHHHHH ^_^ Tapi maybe jugak MURAH sebab tak include baju, meja makan beradab dan catering! Hurmm, tue pasal murah kot.

PELAMIN kami telah ditatarias oleh KL Wedding Ministry :) Wippieee! Kalau korang nak tahu, one of the manpower in KL Wedding Ministry merupakan kawan Nadia semasa di UITM Sri Iskandar & Shah ALam. Orang panggil dia Faiz. Dulu budak nie hamik course Building Management dan merupakan TOP STUDENT dekat UITM Sri Iskandar. Kelassssssss kau maria! Apsal sekarang dah bertukar profesion? Nadia selalu citer yang mamat nie super creative dan teliti. Kalau dier buat model rumah, bumbung, dinding siap berpusing-pusing plus dihias indah dengan pokok-pokok mini. Kelasss kau dik!
And biler kami tahu ader Wedding Expo dekat PWTC, kitorang terus bergegas carik booth KL Wedding Ministry. Nak dijadikan cerita, puas kitorang merayap satu PWTC, TAPI tak JUMPA pon KL Wedding Ministry. Apahal -__-“
Tak puas hati, kitorang repeat “PELAMIN HUNT” the next day. Carik-carik pon tak jumpa jugak -__-“ Malas pikir, kitorang terus tanya reception. SUBHANALLAH, booth KL Wedding Ministry tue betol-betol tepi kitorang!!!
Memang ramai gilerlah orang and haku tak jumpa sample pelamin yang haku minat. So, we decided to meet up a month before the BIG DAY. Along the way, haku turut google sample-sample pelamin dan draft a few pelamin impian. Maka di sinilah korang akan sedar betapa perlunya sketch book ^_^

We met up at Starbuck KLCC . Brainstorming pon bermula. Kitorang mix and match background, alter with varieties of arch, walkways, flowers, chandelier, carpets and estra esetra esetra untuk menghasilkan PELAMIN IMPIAN DORA dan MAHADI ^_^

Maybe sebab haku nie tak banyak songeh dan cerewet, Pogy dan Faiz telah bermurah hati untuk menambah backdrop gamelan, carpet atas pelamin, tambah walkways dan chandelier TANPA ADDITIONAL COST. Mekasih korang ^_^

.
.
.
.
.
.
.
.

 Mekasih Nadia and Hazlina for the pictures ^_^


Tips to be shared:

1)      Rajin-rajin google internet, baca buku Pengantin, surfing blog dan tanya pendapat orang tua

2)      Rerajin pergi Expo Pengantin. Korang akan terperanjat dengan harga-harga yang ditawarkan. Harga pelamin bermula daripada RM2k hinggalah ke semahal-mahal nak mampos! Sila improve negotiation skill anda!!! Jangan cepat puas hati, cuba mintak harga yang lebih murah atau tambah lagi aksesori-aksesori lain. Kalau korang rasa MAHAL, try walk in butik-butik di tepi-tepi jalan.

3)      Biler korang pergi EXPO PENGANTIN, sila survey a few promotion. Jangan cepat tepengaruh dengan pujukan sales associates pastue korang terus SETUJU tanpa sempat membuat perbandingan with other promotions.

4)     And once korang dah decide, bayar DEPOSIT, JANGAN GATAL-GATAL LAGI NAK SURVEY PROMOTION-PROMOTION lain. Menangis ayer mata darah kejap lagi. Inilah petua unggul haku semasa membeli-belah!

5)      Jangan pening-pening kepala pasal perkara-perkara kecik! Buat sakit kepala jer!

6)      Last but not least, sila REDHA/PUAS HATI dengan segala susah-payah anda. Tak ada benda yang SEMPURNA. Imperfect is Perfect! Maybe kurang di mata kita, tapi SEMPURNA di mata orang.

**Haku tak suka pagola -__-" Perangkap nyamuk! Eh suka hati dorang lah nak pelamin macam mana -_-"

**Haku nak pelamin yang berlatar belakangkan ayer pancut -__-“ Duhhh, memang tak dapatlah dik non! Tapi tak apa, haku dah bagi idea giler nie dekat KL Wedding Ministry





Wahhhhhhhhhh suka!

Thursday, December 27, 2012

I am CommanDer In CharGe

Aduyyy lah Mak Jemah ooooiiiiiii, akak baru jer kahwin, sebulan pon tak sampai, dah propa-propa tanya pasal anak. -___-“ Karang akak announce dah ada janin 3 bulan, buntang pulak bijik mata korang! Jemah-Jemah, kau dah tak der kerja lain ke yang sesebok nak jaga spender orang! Lagi baik kau tolong usap-usap bulu tangan suami kau! Ada gak pahala!

Tapi haku kan memang haram tak layan. Duhhh. 2 weeks after wedding, haku dan Mahadi telah pre-honeymoon di Penang! Aku tahulah korang mesti cakap “Ehhh Penang lagi”, tapi kali nie lagi hangattt gitew. Dah HALAL lagi lah lip smacking kan! Kan! Kan!

Aye aye Sir!
Bersempena dengan Family Day di tettt bertempat di tettt haku telah diberi peluang untuk melawat tempat kerja Mahadi dan berposing ala-ala glamorpuss di atas, di dalam, di tepi dan di belakang F18 ! ^_^ Oh man, it was an awesome experience.. everrrrrrr. Mekasih lollipop ^_^

F18 atau Hornet merupakan multirole fighter product ciptaan Boeing all the way from US. Hah, kome tahu tak nie  adik beradik MAS??? Style kan.

Tak silap haku lahkan, F18 nie ada version A sampai F. F18E - SIngle seat, F18F ader tandem seat (ala-ala basikal gitew, 2 seat kot) dan lagi hebat dari version A, B, C dan D.

Kenapa multirole ??? Sebab F18 nie boleh tembak udara ke udara, udara ke tanah, boleh bawak external fuel tank (tak hingatlah berapa banyak tank dia boleh bawak), boleh jugak jadi airbone tanker dannnnn...ok lelain mampos tak hingat -__-" Kismis diperlukan di sini. Unsur-unsur penuaan jelas kelihatan. Kesian you Mahadi, berbuih mulot citer, seciput jer binik kau hingat -__-"



Haku memang super excited nak pegang, naik, tengok, tunggang dan jilat (errr) those GIANT jet fighters. Dan lagi indah hingga langit ke tujuh sebab haku dapat merasakan (oooooohhh) dan mengalami semua pengalam rare tue bersama suami tersayang! Ok nak muntah sila carik sinki berdekatan.

Nasib baik haku tak gayat okehhh ^_^
Dan bertambah BEST, haku boleh berlagak dekat PAriz..HAhahahha. Hamik ko sebijik! Haku dengan Pariz jer yang minat jet-jet fighters nie. Pariz nie macam suka google banyak benda, technical dan memang terror bab2 gadget/automobile! So haku terpaksa dengar betol2 setiap explanation Mahadi. Karang ditanya si Pariz, dah terkulat-kulat nak menjawab! Aiseh -__-“ Dah takleh nak berlagak!




Sebab apa bahaya? Kalau kau duduk belakang nie masa air-craft nak startup,
mahu rentung terbakar!

Sekarang barulah haku paham apa dier buat -__-“ Duhhhh 12 tahun bercinta, baru sekarang ko paham! Makan kismis Dora. So istilah AIR-TO-AIR, AIR-To-GROUND, POUND (bukan berat haku okeh), conversion, sortie (macam nie kot ejanya) bukanlah ALIEN pada haku^_^


Gambar kiri
Air-craft A: Target lock!  Fire fire!
Air-craft B : Guano demo attack kawe! Kacau sokmo

Gambar kanan:
Berat natang nie!
Entah haper ke namanya, VOndom ke Kondom! Pfftss.
Flying suit jer dah 16kg -__-"

     Fulamak, nie betol-betol gaya fighter ^_^
Mintakkkkk sign *_*



Some Nights




Haku suka lagu-lagu yang bertenaga dan gembira macam lagu super market (bak kata Dila) -_-“ Haku tak suka lagu yang sedih-sedih lagi mendayu-dayu. Mahu pengsan nak tunggu lagu tue habis +_+ Nasib baik lagu nie ala-ala war, kalau tak, haku dah pasang masa wedding parade ^_^
And satu lagi tabiat buruk haku, kalau haku dah suka lagu tue, mahu haku dengar seratus kali tanpa henti! Yer, tanpa ada intervention lagu-lagu lain! Nasib baik Mahadi, Nadia dan Ayien memahami.

Fun. - Some Nights (Madyon Acoustic Cover)
Dan haku akan carik acoustic/remix untuk every song yang haku minat. So far my favourite acoustic/remix songs come from Boys Avenue ^_^

*Haku harap satu hari nanti haku dapat main guitar ^_^ Mampos kena terajang ngan mak sebab memekak! Ok pull stop.

Monday, December 24, 2012

Santa Is Coming To Town ^_-


Thank you so much for sending us such a lovely and meaningful gift on our special day ^ _ ^

Dua bulan sebelum wedding, Adele and ANis ajak haku pergi LaSENZA dengan alasan nak beli hadiah kawen kawan dorang. Duhhh!!! Korang hingat haku tak tahu ker taktik cemey nie -_-"

And bertambah cemey, bila Adele and ANis suruh haku cuba lingerie-see-through-sumpah-sexy-ala-rama-rama nie yang konon-kononnya kawan dorang pon bersaiz S jugak.Sudah lah wehhhhh, nie taktik cokia tawww! Boleh pulak kawan korang tue sama saiz dengan haku kan? -_-"

Lingerie-sumpah-sexy-nak-mampos nie jugak merupakan sumbangan ikhlas gang-gang lelaki group "pecelele. And haku confirm korang mesti ada sessi peek-a-boo and let's virtualize-dora-in-this-kinky-costume -__-" Sakai! Ker korang nampak haku macam kanak-kanak ribena tak cukop umor?! -_-" Tak sexy langsung!

But still, haku dan Mahadi suka sangat. Tq Adele, ANis, Ayu, Hans, Ochee, Fariz, Fadzli, Rudy, Rusy, Jawa, Nizar ^_^ Grrrrrr. Lain macam effect biler pakai lingerie-sumpah-sexy-nak-mampos nie! We would like to name it as "BABY MAKER". Ok jangan sambung -_-"


Dan gambar di atas pulak, merupakan tinta cinta daripada kawan-kawan haku di Telaga Minyak Jaafar ^_^ Sukalah storyline card nie. Thanks a bunch guys for the card and the $_$ 

And my huge appreciation goes to Mimie sebab dah bersusah payah mengutip derma-kilat untuk haku dan Mahadi ^_^ Heheheh. Mekasih Mimieee. Nasib baik tak tertanggal jubah kau kan!

art and sincerity

And ada lagi satu card yang sangat lucah dan xssesuayyyy untuk dipublish -__-"
Lucah punya Aja!!!
Apsal lah haku dapat ramai kawan-kawan Perv macam nie! Pftsss -__-"
Wehh, apsal gambar haku dah macam tepung gomak nie -__-"
Kau sajer jer kan Ajah sabotaj gambar haku!!! Damn!

***
And there are still truckload of pictures/gifts to be shared ^_^
So stay tuneddddd!

*Cepatlah sikit upload gambar Nadia cikebum-cikebum :p

 Mengambil kesempatan u nie Mahadi!
Get a room lah lolli :p
Ehh!

Once again,
We both thank you from the bottom of our hearts! ^_^



Wednesday, December 19, 2012

Kesakaian Di Malam Nikah

Alhamdulillah akhirnya haku selamat diijab kabulkan dengan Mohd Mahadi pada 30 Nov 2012, Jumaat selepas Isyak bertempat di rumah pusaka atok - Selayang Baru.

pelamin anganku ^_^

Dan Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan segala urusan ^_^ Tapi tipu lah kalau langsung tak ada dugaan dan rintangan kan? kan? kan?

Rintangan sebelum malam nikah:

1.  Handphone yang diorder, tak kunjung tiba -____-" Celaka siak! Haku sanggup berlari ke kedai hanphone, 4 jam sebelum majlis! Disebabkan service yang super FAKTAB, haku terus BATALKAN tempahan 2 bijik tepon! Kitorang order almost a week TAPI tetap lembap. Macam siput babi hilang telor! Ok memang tak ada kena mengena. Lupakan..

2.  Mak andam lambat tiba akibat tersangkut di dalam jam -___-" Nasib baik haku nie super cool weyhhhh, kalau tak dah banjir satu Selayang. Dan nasib baik ada adinda Nadia tersayang yang agak berbakat dalam bidang andaman.

Dan nasib baik makeup kit Nadia masih penuh dan TAK EXPIRED. Haku percaya yang Nadia mampu melakar dan mencantikkan muka haku yang berlubang macam bulan nie.

Masa nie, sikit pon haku tak menggelabah dan nervous. Haku percaya bahawa setiap musibah pasti ada hikmahnya. Bak kata Mahadi "Don't put unnecessary pressure"! Mekasih yer dik. Akhirnya mak andam tiba half an hour (kot!) before the ceremony. Tima kasih yer Mak Andam. Kesian kau penat and terkejar-kejar. 

3.  Baju nikah rosak!!! Style kan? Basically haku memang susah nak dapat baju yang can fit me well without undergo any alteration.

Kitorang beli baju nikah 3 weeks (ke a month ek -__-") before nikah!!! STyle tak? Style kan. Baju nikah haku dan Mahadi agak besar. Semua tailor dah TAK NAK alter baju kitorang -___-" And luckily (tak lucky sangat lah) ader sorang mamat nie (kedai repair jeans) sanggup adjust baju kitorang. Memang carik pasal lah kan -___-"

Ok satu masalah dah settle TAPI itu membuka pintu masalah yang lain! Baju nikah haku rosak terokkkk!!! Benang sulaman putus dan terkeluar segala manik-manik/labuci dan menampakkan benang berwarna EMAS! APAKAH!!! Nak nangis, TAK GUNA. Bukan boleh selesaikan masalah pon! Nak beli baju lain, lari BUDGET (baju tue murah jer pon...drama!)

And nasib baik Allah hantar Nadia dan Mak Tam sebagai penyelamat. Kitorang beli GREY marker pen dekat POPULAR and warnakan semua benang yang berwarna KUNING tue. Sumpah haku sangat RELIEF ^_- Memang haku bersyukur ke hadrat ILAHI kerana diberikan sifat yang sempoi dan tak cerewet ^_^ Kalau tak, mahu menangis sepanjang hidup. Pfttsss..Sakai sakai!

4.  Ikan guppy untuk hiasan pelamin MAMPOS!!! Aduyyyy lah, apsal lah kau mati di waktu-waktu genting??? Kenapaaaa??? *Haku suspect, ini mesti angkara kezen kecik haku, Armizi!!! Nasib baik mak kau ader, kalau tak, haku picit-picit tengkok ko bagi putus. Dah satu hal nak carik ikan guppy baru -___-" Sakai sakai! (Ke haku lupa nak bagi makan -_-")

  

5.  Sarung bantal bilik tidor ilang!!! Boleh tak? -___-" Haku memang tak pernah bukak lagi bedsheet dari Isetan tue. BIler haku pasang cadar, comforter and sarung bantal, haku tak jumpa lagi sehelai -___-" Mana perginya??? And haku tak jumpa sampai sekarang. Sakai! Terpaksa haku rembat sarung bantal harian yang berlainan corak dan warna yang dipenuhi dengan air liur basi -__-" Lantaklah!

6.  Last-last minute, mak and makcik-makcik haku decide nak berarak, bersanding and berinai lepas NIKAH! Ewah ewah ewah...Sesuka hati korang  jer erk. Siap nak berkompang pelbagai! Woiii orang nak tidor lah memalam. Dibantainya HUJAN, dah basah kuyup pengantin macam KUCING HANYUT -__-" IDea konventional mereka telah ditentang hebat oleh haku dan NAdia! Sorry lah yer mak and makcik-makcik. Tak ada masa lah. Lepas nikah dah nak kena berlari ke dewan, nak check pelamin. SOrry bebanyak jika terkasar bahasa dan perilaku.

7.  Printer dah tak ada INK -___-" Maka tak adalah lah centrepiece untuk dining table. Crappp!


Gambar ikhsan dari Daniel Zain



Ada yang tanya pasal kos pelamin pada malam nikah, so dekat sini haku share serba sedikit TIPS AND TRICKS ^_^

1) Kain backdrop : KAIN JERSEY yang berharga RM2.20 semeter dekat NAGOYA.

2) Lampu IKEA : Pinjam dari Mak Lang. Harga IKEA RM19.90 to RM29.90.

3) Platform pelamin : Cik Gayah kasi sewa FREE sebab Cik Gayah dah taubat tak nak mengandam lagi. Huhuhuh, rezeki-rezeki. Nasib baik mak baik ngan Cik Gayah. Korang tak kenal Cik Gayah kan, so lupakan!

4) Sofa dan cover sofa : Sofa mak. Sofa yang sama masa bertunang. Cover sofa beli dekat IKEA dengan harga RM9.90. Function utama ialah SELIMUT! Nak buat cover sofa baru, LARI BUDGET.

5) Carpet putih : Beli masa bertunang dekat Jalan TAR dengan harga RM49.90/satu.

6) Carpet kuning : Pinjam carpet Mak Tam ^_^

7) Spotlight : Nadia sponsor. RM49.90 sebuah

8) Bunga putih pelamin : RM18 sejambak tapi dapat discount TERHEBAT RM16/sejambak (sebab dah selalu menjemah ke kedai yang sama)

9) Pasu bunga putih : Sponsored by mak. RMbelas-belas...Sorry tak hingat

10) Balang kaca ikan guppy : Mak Lang bagi pinjam. Beli dari IKEA RM29.90 to RM39.90 sebalang

11) Bantal putih untuk pengantin lelaki : Ikhsan mak dan Mak Tam

12) Bantal biru : Bantal rumah! Murah jer. Kalau kat IKEA, seketol bawah RM10

13) Lantern : RM3.90 yang paling kecik hingga RM5.90 yang paling besar. Haku rasa korang boleh dapat lagi MURAH tapi kena rajin google dan jenjalan.

14)  Langsir putih : Langsir Mak Tam untuk Raya

15) Bling-bling back drop : RM4.90 seutas

*hantaran entry lain kali ^_^

Di sini haku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seisi keluarga di atas segala sponsorship ^_^ Tak ada ikhsan korang, tak menjadi lah majlis nie. Mekasih yer semua. Terharu...sob sob sober..Eh

Pengajaran:

1) Redha and terima segala cabaran dengan TENANG. Setiap kejadian ada hikmahnya. Instead of kita menangis dan berduka bagai nak rak, cuba cari option lain.

2) Mempergunakan barang-barang di sekeliling dengan sebaik mungkin Contohnya langsir, sofa, perabot, carpet dan esetra estra esetra yang boleh menjimatkan KOS. Banyakkan membaca buku PENGANTIN (sumpah MEMBANTU), rajin-rajin google wedding website, blogspot dan forum.

Haku suggestkan korang satu wedding website : GREEN WEDDING SHOES. Sumpah bagus dan sangat banyak idea-idea menarik.

3) Beli sikit-sikit - setahun or dua tahun sebelum majlis. Maka tak adalah kita rasa terbeban. And benda-benda nie korang boleh sewakan atau pakai balik untuk adik-beradik or sanak sedara. Investment di kemudian hari ^_^

4) Don't think/put unnecessary pressure! Come out with contingency plan

5) Plan dari...uhuk uhuk...AWAL...uhuk. Haku bukan orang yang terbaik untuk memberi nasihat berkenaan masa dan punctuality -__-"

6) Beli sketch book untuk draft pelamin nikah, reception, meja makan, list of guest, hantaran and plus korang boleh tengok balik di hari tua ^_^ Syahdu seyhhh! Korang jugak boleh lekat segala receipt, a few pre wed pictures dan esetra esetra estera

7) Pastikan family dan teman rapat tahu flow of event! Pengantin dah tak boleh coordinate. Masa nielah kita perlukan pertolongan family dan teman. Tunggak utama OK!

8) KUATKAN SEMANGAT!!!! Nie sangat penting jemah -__-"

9) Last but not least, selalulah semayang hajat, sunat dan taubat dan berdoa kepada ALLAH agar dipermudahkan segala urusan ^_^


*Thanks to Nadia for all the great pictures ^_^

Monday, December 17, 2012

I am offically hitched to Captain Mahadi...oohhh



Alhamdulillah ^_^
Now I am wifey to Captain Mahadi.
There are lots of stories to be told
I did had a pleasant wedding surrounded
by a lovely family and dearie friends ^_^


*Sneak peek by Azmil and Nadine Roslie ^_^
Tq guys!
Sukalah ^_-



Ok, yup wedding haku memang lawak
Will tell more about it...sooonnnnnnnnnn