Ad

Sunday, September 2, 2012

SuGar We Are Going Down - SukhumViT

Semalam haku sekeluarga telah menemankan abah ke hospital. Lately, abah sangat kurus, tak boleh tidor malam, sakit-sakit urat dan sendi. Kaki abah dah sangat kecik dan hanya tinggal tulang. Jalan pon dah tak larat. Kesian haku tengok bapak haku -____-"

Dah bermacam-macam ubat abah sental dan bermacam-macam tempat abah pergi berubat tapi tetap tak ada perubahan. Bermacam-macam telahan dah dibuat.

First checkpoint kitorang ialah Hospital Selayang tapi sangat mengecewakan sebab Hospital Selayang tak buat full medical check up. Apalah, harap baru, besar dan cantik jer -____________-"


 

Maka, kami sekeluarga telah bergegas ke General Hospital Kuala Lumpur. Full medical checkup hanya diadakan pada hari bekerja, Isnin hingga Jumaat. Maka kami hanya membuat pemeriksaan urat dan saraf je.

Walaupun dah bermacam-macam benda yang tak baik haku dengar pasal GH (General Hospital) TAPI GH still merupakan hospital yang terbaik dari segi doktor pakar. Itu pasal kita dengar, ada sebahagian kes di mana jika hospital-hospital swasta tak mempunyai certain kepakaran, para pesakit akan dirujuk kepada GH.

Tolak tepi pasal khidmat selesa. Kita harus sedar GH hanya mengenakan bayaran RM1 dan dikerumuni jutaan penduduk bukan sahaja anak bangsa kita malah turut menyediakan perkhidmatan yang tak berbelah bagi pada PENDATANG-PENDATANG HARAM! 


Kalau dah bayar mahal-mahal, haruslah menyediakan perkhidmatan dan fasiliti yang TERBAIK - katil empuk, bantal lembut, makan ANGUS steak dan tidor berkubang dalam bilik yang dilengkapi tv dan air-cond.


Doktor Amin yang merawat abah haku nie super bagus. Doktor bukan sahaja menjalankan pemeriksaan kesihatan yang terperinci tapi bersungguh-sungguh menasihatkan abah menjaga makan. Tak macam doktor-doktor lain "Eh pak cik nie tak ada apa-apa sakit. Saya bagi pak cik ubat tahan sakit", Damn!!


Rupa-rupanya, memang abah haku nie KENCING MANIS -______-" Doktor cakap, sebab abah dah  terlalu lama mengidap penyakit kencing manis, penyakit kencing manis tue dah makan isi kaki abah -_____-" Wow scary dowh.

Doktor tanya"Pak cik jaga makan tak?". Haku dengan Nadia buat muka kat belakang dan terus kitorang jawab "TAK". Apalagi, kena lecture lah bapak haku. "Pak cik kena jaga makan, kalau tak nanti kaki pak cik langsung tak boleh rasa apa-apa. Kencing manis nie boleh serang jantung dan kepala yang mengakibatkan strok". Hah, ambik kau! Takot dowh....

Satu lah perangai bapak haku yang haku tak berapa GEMAR!!! Degil. Kalau sesapa tegur dia pasal makan, konpem orang tue kena sembur! Malas kitorang nak tegur TAPI nie lah bahananya. Nak cakap banyak pon, bapak sendiri. Dosa nanti!



So, doktor dah suruh bapak haku buat follow up next week untuk mengurangkan kadar kencing manis dia. Ini  jugak merupakan peringatan pada haku, nadia, ayien dan Hamidi yang suka GILER TOGOK AIR GULA ie. Pepsi, Coke dan esetra esetra.


Lepas dah penat buat medical checkup, kitorang mengisi perot yang lapar di SUKHUMVIT, Kampung Baru.  Thanx to Aja sebab memperkenalkan haku tempat makan yang super cool dan sedap. 

*** Btw, sorry erk Hamidi, kita tak adat peluang nak dinner dekat sinie. Sukhumvit baru balik daripada beraya ^_^ Next time ok lolli ^_^ Kita sental TELUR RAJA DADAR,

r




 
Mereka yang lapar -_____-'



Cool seyh gambar nie!







Telur Raja Dadar Sukhumvit yang super sedap

Sup cendawan dan nasi goreng belacan yang menjilat kaki

Tom yam yang mencengkam jiwa

Heaven untuk budak nie


pemandangan yang hijau, sejuk mata memandang (sebab dikelilingi pokok buloh), persekitaran yang memang sejuk dan perabot yang kontemporari ^_^



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


t
picture of the day. KLCC from SukhumviT

No comments:

Post a Comment

chanT-chanT from The HearT