Ad

Monday, March 5, 2012

Aku PenganTin RebeL : New AddicTion

Saya ada addiction baru -__-“ Diet haper macam nie??? But frankly speaking, kalau korang memang bangsa maging atau pemakan daging, nak mengubah cara hidup kepada vegan, adalah sangat sukar. So, apabila terpaksa mengunyah sayur-sayuran seperti kambing, LUNCH and DINNER anda memang tidak akan lengkap dan puas.

Disebabkan haku kurang mendapat komposisi makanan yang secukupnya, haku terpaksa mencari dessert selepas makan. Btw, selepas pemergian Dodo (bukan sejenis burung), haku dan Ando dah jumpa kawan baru. Nama kawan baru kami ialah Nadio ^_^ Heheheh. Finally, ader orang lagi midget dari haku ^_^ Wieeee. Even though midget, tap Nadio sangat cantik dan lawa. Siyes tak tipu.

Nadio dah memperkenalkan haku akan sejenis dessert yang sedap dan yang paling penting MAHAL. Nadio memang tak boleh makan atau kudap makanan yang murah2. Nanti melecur tekak dia. Pada kami yang kurang berkemampuan nie, terpaksalah order air ker, fries ker, bun ke atau esetra esetra esetra.


Tadaaaaaaaaaa, mempersembahkan The Cream & Fudge Factory, KLCC. Haku rasa dah berzaman kiosk Cream & Fudge nie dekat KLCC tapi haku tak pernah nak amik tahu -__-

"The Cream & Fudge Factory offers super premium smooth and creamy ice cream, made fresh. After the customer selects their favorite flavors, the ice cream is hand folded on a frozen marble stone with the customer's choice of mix-ins of nuts, fruits, candies and fudge." The Cream & Fudge Company

Terdapat diversity of flavors seperti cheese cake, chocolate, vanilla, raspberry, strawberry, espresso, bubblegum (kot) dan bermacam-macam lagi. The best part is korang boleh letak topping seperti Oreo, Cocoa Crunch, kacang, pisang, strawberry dan esetra estra estra ^_^ Wippie
Disebabkan aisekrim nie mahal sangat, haku terpaksa beli aisekrim jenama Wall di Pasaraya Giant Selayang yang hanya berharga RM8. Untuk nikmat yang lebih extravaganza, haku letak Kellog’s Cornflake yang telah dihancurkan dan digaul bersama aisekrim Wall tadi. Hahahha!!! Chom chom chom > Bunyi Si Gemuk makan -__-" Dibawah merupakan gambar ikhsan dari Cream & Fudge Factory ^_^ Enjoy!!!


Halamak, tak boleh tahan! Nadio, jom ^_^

4 comments:

  1. Mungkin saya patut selalu makan benda2 seperti di atas dgn harapan akan ada bontot suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. omaigadddd... astaghfirullah... napeeee napeee.. naper harus ko paparkan pemakanan yg terlampau melampau ni....

    demmm! nyesal aku bc blog ko...

    wahahahha

    ReplyDelete
  3. nasib klcc jauh dari aku...lazattnyaaa..

    ReplyDelete

chanT-chanT from The HearT