Ad

Thursday, February 9, 2012

Aku Pengantin RebeL : RupaKu Yang Hodoh

Sepanjang menuju ke alam perkahwinan, haku hanya terpikir pasal pelamin, baju, photographer dan duit TAPI tak pernah sekali pon terdetik di kepala hotak haku akan KEHUDUHAN DIRI yang bakal menjelma di depan Mahadi -__-“
Siyes, haku sangat comot dan sakai < Apon selalu cakap macam nie. Apon + Ando + Erin tak heran kalau haku comot momot tapi akan menjadi satu KEAJAIBAN kalau haku kemas for the whole day -__-“ Korang super Sakai!

1)   Haku tak boleh bayangkan kalau Mahadi nampak haku tidor super lasak sambil mendendangkan dengkuran2 liar bak harimau jantan disertai dengan tendangan gaban -__-“ Malu siyak! Tak cukop dengan itu, haku turut mengeluarkan ayer liur basi yang masam dan kusam berwarna HUJAU -___- SUMPAH MALU!

2)   Hilang KEKETATAN punggung akibat usia yang semakin tua. Bukanlan nak main belakang TAPI akan terjadinya peristiwa KENTOT merata2. Bukan sahaja mengeluarkan bunyi yang padu TAPI turut menyelitkan aroma “GAS BERANI MATI” yang bisa membuatkan muka Mahadi BIRU. SUMPAH MALU! Haku sanggup bunuh diri.

3)   Rambut menggerbang selepas bangun pagi!!!! Wahhhhhhhh, sumpah haku percaya Mahadi tak boleh bezakan mana SI KECIL dan HANTU KUBUR. Damn it.

4)   Lipatan-lipatan comel di perot beserta selulit yang bermaharajalela. ADuyyyyy lah, dah macam oink2. Disertai kedutan-kedutan manis di muka, tangan dan kaki! Sedihhh lah -__-

5)   Kerana kesibukkan melampau mengalahkan Perdana Menteri, aku tak sedar terpakai spenda dan sarung nangka yang berlainan warna contohnya Atas warna hijau dan bawah warna merah ATAU spenda yang seperti roti kirai. Simpang malaikat 44 -__-“ Ini macam tak tahu jaga diri jer! Suami tengok pon MATI selera! Damn it.

6)   Taik hidung yang nak melihat dunia tak sempat2 -__-“ Yerlah, tak setiap masa kita boleh mengawal taik hidung, taik mata dan taik telinga hendak melihat dunia. Baju dah lawa, bau dah wangi TAPI sekali ader cebisan taik hidung di atas bibir. Tak jadi nak comolot -__-
Ok cukuplah setakat ini perkara huduh yang haku kongsikan. Apa yang mampu haku cakap, kita sebagai seorang perempuan, harus sedaya upaya mencantikkan diri. Yerlah, sekarang nie pompuan cantik dah bersepah2. Sesenang jer lelaki kita nak MENGGATAL! Wasalam (Eh pembuka citer tak der salam pon, tetiba penutup jer bagi Wasalam -__-“)

1 comment:

  1. Kalau finas ni tak lepas n. Cite ni patut banyak kena tapis.

    ReplyDelete

chanT-chanT from The HearT