Aku adalah umat yang sangat tak reti nak entertain majikan atau BOSS. Aku akan totally blank dan lost nak sembang pasal apa.
Pasal technical skill, aku sangat buta IT. * Aku tahu korang mesti pelik macam mana aku dapat kerja dalam bidang IT -_-. Nak sembang pasal ekonomi, aku memang tolol ekonomi. Nak sembang pasal parenting, aku belum ada anak lagi. Kalau pasal fashion, hahhhhh aku ada sedikit celik.
Maka kedatangan boss omputih ke Telaga Minyak Jaafar, sangat meyesakkan jiwa dan raga.
Bulan lepas, ramai (mat salleh)2 datang ke opis kami. Semuanya tinggi2 belaka. Macam galah. Kecik dan rendah jer dunia aku. Aku telah ditugaskan untuk meng'host' satu mini program yang diberi nama "Luncheon with LT". Saya sangat takot -_-
Selain daripada menjadi mangsa pengacara, aku juga telah ditugaskan untuk mencarik hadiah, lipat nombor meja, cari projector, coordinate meja dan kerusi, tulis signboard kat pintu dan susun pasta + epal atas meja -_- Tapi aku sangat bertuah kerana mempunyai committee yang sangat helpful dan supportive. Wippie.
***Jangan tanya macam mana aku jadi eMCee. Lain di mulut, lain di kepala. Pfftsss-_- The best part is, boss2 omputih nie sangat cool, humble dan competitive. Mini games yang dijalankan mendapat sambutan di luar jangkaan. Korang best (*_*)
Task aku yang kedua ialah menyediakan presentation slide berkenaan safety. Aku telah dipaksa rela untuk menyediakan Food Safety. Instead of food safety, aku telah berjaya menyediakan food sharing. 6 Foods That Will Make You Look Younger. Yewwwwwwwww...I tahu uols mesti suker kan? Kelas kau maria. Kalau nak tips, sila PM yer. Muka2 korang yang berkedut tue, mesti semakin cantik lepas mengamalkan petua ratu jamu mak. Tak kuasa tawww.
Boss omputih aku cakap "YAM".
Ader ker. Ini sweet potato lah boss.
Aduyaii :p
US gov telah membelanjakan bermillion2 USD
just to come out with this pictures. Thank God,
it is fascinating. New food pyramid.
it is fascinating. New food pyramid.
Selepas Teh Tarik session bersama boss, kami ada PCI Mini Team Building yang dijalankan di KLCC Convention Centre. Bermula 11.30 hingga lah 5 petang. Aku, Adib, Watie dan boss besar berada dalam kumpulan 1. Aduyaiiii. Mati kutu macam nie.
Task kami kali ini ialah membina JAMbATAN daripada straw! Weyyyy. Tak ada benda senang ke yang korang nak suruh buat. Disebabkan kumpulan 1, kaya dengan arkitek2 bertaraf Selayang, maka Jambatan yang dihasilkan pon ala2 jambatan Selayang. Hahahhaha. Aku tak berani nak publish kat sini. Tak hingginnnnn lah weh..
Muka dah macam ala2 contractor. Membincangkan segala bahan + kos dan permasalahan akan datang. Secara jujurnya, aku bangga dengan gambar nie sebab ada sikit muka aku yang tengah berpikir -__-
Sketch dah hebat.
Tapi end product, serius tak boleh bla.
Ini bukanlah jambatan kami.
Tapi antara jambatan yang berjaya mencurik tumpuan.
Macam jambatan Pulau Pinang.
Kelas korang.
Hahhahahahahaa.
Yang ini, serius tak boleh blah.
Dah macam tandas Kak Limah.
Sambung gelak.Hahhahahah.damn u
Yang ini pulak dah macam kelong nak menangkap ikan dekat Klang.
Aduyaiii lah pekerja2 Telaga Minyak.
Sebahagian daripada jambatan yang telah siap dibina.
Pemenang dipilih berdasarkan cost effective, design dan kekuatan.
Setiap jambatan akan diuji dengan bola golf yang dibaling dari atas ke jambatan.
Kalau tak runtuh, KUAT lah tue.
Kerana kami sedikit terror, Kumpulan 1 telah berjaya menggondol tempat
ke -7 daripada 12 team. Oklah tue. Tak da lah teruk sangat.
.
Setiap kali emcee mengumumkan nama kumpulan, kami
sangat berdebar2.Emcee akan announce bermula daripada
nombor 12 hinggalah ke nombor satu. Setiap kali kami dengar bukan
jer kumpulan 1, kami akan MELONJAK GEMBIRA. Maka kami tahu lah
yang kami ada chance nak menang tempat yang lebih hebat.
Penantian akhirnya berakhir apabila emcee mengumumkan tempat
ke 7 dimenangi oleh Kumpulan 1 -__- Hadiah merupakan
voucher Starbuck RM11 per pax.
Nie yang tak tahan nie.
Boleh pulak jambatan pertama tue TUMBANG. Depan audience pulak tue.
Maka, muka yang korang lihat adalah REAL.
Sila perhatikan muka boss besar aku.
Antara lesson learn semasa Team building nie :
- Setiap projek perlu ada perancangan.
- Setiap projek memerlukan dokumentasi yang bagus sebagai panduan
- Sebagai team lead, jangan sesekali melupakan employee yang kurang menonjol
- Dengar pendapat orang lain
- Jangan lekas menukar rancangan
Basically, boss2 omputih kami sangat best, cool, knowledgeable and inspiring. Even though they've been assigned with diversity of assignment, they never give up yet still work life balance. Never let the spirit die.
No comments:
Post a Comment
chanT-chanT from The HearT