Aku dan perkara yang memalukan, memang tak mampu dipisahkan. Ibarat irama dan lagu, ibarat spenda dengan pad.
Tanggal 30 Julai 2012, Isnin bertempat di Kem Askar 91 Depot Jalan Kuching telah menyaksikan perangai sebenar haku.
Encik tunang telah pulang ke kampong halaman atau kembali ke pangkal jalan setelah 5 BULAN bertempur di medan perang melindungi negara tercinta -___-“ *Ye ker kau busy??? Ke kau mengelinjang dekat Penang??? Pftsss…
Ok2..Kembali kepada cerita utama. Mak Encik Tunang telah menjemput haku untuk berbuka puasa di tempat kerja beliau bersempena dengan “Majlis Berbuka Puasa bersama Pemerintahan Logistik Tentera Darat”. Satu family TENTERA lah pulak -__-“
Suka memanglah suka sebab pada masa inilah haku boleh menjual diri. Mesti terdetik dalam diri Mak Encik Tunang “Alah sopan santunnya, lawa pulak tue, lemah lembut…Bertuah aku dapat menantu macam nie”..OK jangan comment!
Encik tunang telah mengambil haku di rumah pada pukul 7 petang yang disambut oleh mak dengan hanya bertelekung tapi tidak berkain -___-“ Kau memang RARE lah mak!
Perjalan dari rumah ke dewan hanya mengambil masa 15 ke 20 minit. Sesudah parking, haku melangkah dengan bergayanya keluar dari keter…”Mesti haku paling bergaya..Heh”
Kami disambut oleh Pegawai Pemerintah Pangkalan dan pegawai-pegawai yang lain. Apparently, kehadiran kami hadir ke majlis yang berbahagia ni bukan sahaja untuk berbuka puasa tetapi untuk menSURVEY dewan kawen kami.
Setelah masuk ke dewan, kami berpuas hati dengan kondisi dewan terbabit..Mahu tak puas hati, dah ler FREE, aircond sejuk dan bersebelahan dengan surau…SURAU pon dah sangat gorgeous okehh!!!!
Selepas jer meneguk ayer sirap selasip yang enak, seraya Mak Encik Tunang bersuara “Lepas kita minum air and makan kuih2 skit, kita pergi semayang yer” Lahhhhhhhhhhhhhh, bukan makan terus ker!!! Haku dah lah super lapar nie -___-“ Tapi disebabkan haku masih lagi menjaga tata susila seorang wanita, haku pon akur dan tersenyum setuju.
Haku pon jalan beriringan bersama Mak Encik Tunang menuju ke surau. Memang sumpah ayu haku masa nie -___-“ Damn!!!
Lepas mengerjakan solat, kami pon terus makan malam dan menuju ke GUARDIAN sebab Mak Cik Tunang nak beli Sandoz…Nie ubat kuatkan tulang okehhh, jangan pikir bukan2. Haku yang terus nak berlagak ayu, seraya mengeluarkan wallet untuk membayar ubat tersebut TETAPI….
Ehhhhhhh mana perginya wallet haku nie??? Eh mana??? Ku selak kanan – TIADA, ku selak kiri pon TIADA. Habis satu kereta haku punggah. Habis kain2 Mak Encik Tunang pon haku hangkat TAPI TIADA BERHASIL…Damnnn, haku memang CUAIIIIIIIII
Kami pon berpatah balik ke pangkalan tentera, habis satu dewn dan surau haku punggah, juga TIADA BERHASIL…Akhirnya Mak Encik Tunang telah memberitahu COMMANDER OFFICER PANGKALAN dan AJUTAN PANGKALAN. Dorang nie dah kira 2 taiko besar BASE.
Seraya dengan itu, semua pintu pagar diarahkan TUTUP dan selepas semayang terawih, semua handbag akan diperiksa -____-“ Damn…Kes besar lah pulak..
Mak Encik Tunang pon bertanya “Entah2 tinggal dekat umah kot Nad?”
Aku pon bersuara “Tak der auntie, ader ngan saya tadi”..Tapi sebab masih mahu mengekalkan keayuan, haku pon call rumah “Eh Ayien, ader tak wallet haku tinggal kat umah?”
Ayien “Tak der pon!!”..Masa nie haku memang dh pasrah dan rebah…TAK DER DUIT???? Kami menyambung pencarian di car park TAPI masih tidak berhasil….
Encik Tunang “Entah2 kat rumah kot…Tak kan nak mencurik dalam base askar..SURAU pulak tue?” AKu pon cakap “Manaaaaaaaaaa ada”sambil membuat muka -___-“ tapi aku pon akur dan terus call Ayien “Ayien ko cariklah bawah2 bantal ker?”
Ayien – “Ah ha..ader bawah baju kau nie!”
Aku cam…….ALAMAK…cam mana nak cakap dengan Mak ENcik Tunang dan Bapak Encik Tunang -___-“ Sumpah malu dowh…. AKhirnya haku pon “Hehehehhe..auntie..wallet ader kat umah”
HAHHAHAHHA….famous weh satu base askar….nanti nak bersanding mesti org cakap “HAHHHHHHHH tuelah pengantin kontroversi tue”…Haku amat PASTI, hari nie Mak Encik Tunang sangat femes…hahahha..Kami terpaksa bohong sunat pada KOMANDER PANGKALAN yang wallet telah dijumpai di parking kereta -___-..Tinggal kereta kebal jer TAK KELUAR -___-"
Malu dowhhhh… Sebab haku muka TAK TAHU MALU, malam tadi merupakan salam perkenalan kepada Mak Encik Tunang.
Malu dowhhhh… Sebab haku muka TAK TAHU MALU, malam tadi merupakan salam perkenalan kepada Mak Encik Tunang.
Mak Encik Tunang siap berpesan agar mengamalkan pemakanan KISMIS TERANCANG -__-